SENARAI
PENYAKIT KRITIKAL YANG DI LINDUNGI
1. Serangan Penyakit Jantung
- Kematian sebahagian otot jantung
akibat kekurangan bekalan darah dan
terbukti melalui;
i. mengalami kesakitan dada biasa
yang berpanjangan; dan
ii.perubahan baru dalam bacaan elektrokardiografi
akibat serangan ini ; dan
iii.peningkatan tahap enzim kardiak
yang melebihi tahap normal makmal
2. Penyakit Arteri Koronari Yang
Memerlukan Pembedahan
- Merujuk kepada pembedahan pintasan
koronari arteri sebenar melalui cara
pembedahan thorakotomi untuk membetulkan
atau merawat penyakit koronari arteri
tetapi tidak termasuk angioplasty,
lain-lain intra-arteri, prosedur lelubang
kunci (keyhole) atau laser.
3. Strok
- Ditakrifkan sebagai suatu kejadian
atau kemalangan serebrovaskular yang
menghasilkan sekueleneulogi bersifat
kekal, berlanjutan selama tidak kurang
dari enam (6) bulan. Takrif ini juga
meliputi keadaan seperti Inflaksi
tisu otak, pendarahan dan embolisasi
dari luaran rangka tengkorak. Diagnosis
mesti berdasarkan perubahan nyata
yang dilihat dalam imbasan CT atau
MRI dan disahkan oleh pakar neurology.
Dikecualikan secara khusus adalah
symptom cerebral akibat serangan iskemik
perantara, sebarang kepincangan iskemik
neurological boleh sembuh, iskemik
vertebrobasilar, symptom cerebral
akibat migraine,kecederaan cerebral
hasil dari trauma atau penyakit hypoxia
dan vascular yang memberi kesan pada
mata atau saraf optic atau fungsi
vestibule.
4. Kanser
- Kanser ditakrifkan sebagai ketumbuhan
tidak terkawal dan perebakan sel-sel
malignan serta penyerangan dan pemusnahan
tisu-tisu normal menyebabkan rawatan
atau pembedahan (kecuali prosedur
endoskopi sahaja) dianggap perlu.
Kanser ini mesti disahkan melalui
pembuktian histology malignan.
5. Kegagalan Buah Pinggang
- Kegagalan buah pinggang di peringkat
akhir iaitu apabila kedua-dua buah
pinggang gagal berfungsi dan dianggap
kronik serta tidak dapat dipulihkan
semula dan mengakibatkan rawatan dialisis
buah pinggang berkala perlu dimulakan
atau menjalani pemindahan buah pinggang.
6. Penyakit Lumpuh
- Hilang keupayaan guna kedua-dua
belah tangan atau kedua-dua belah
kaki secara menyeluruh dan kekal,
atau sebelah tangan dan sebelah kaki,
melalui kelupuhan akibat penyakit
atau kecederaan secara berterusan
selama sekurang-kurangnya enam (6)
bulan dari tarikh trauma atau penyakit
itu..
7. Pemindahan Organ Utama
- Menjalani pembedahan pemindahan
sebagai penerima organ manusia yang
berikut :-
i. Buah Pinggang
ii. Paru-paru
iii. Hati
iv. Jantung
v. Sum-sum tulang
8. Sklerosis Pelbagai / Berbilang
- Diagnosis yang jelas tanpa ragu
oleh seorang pakar neurology untuk
mengesahkan gabungan berikut yang
telah berterusan selama sekurang-kurangnya
enam (6) bulan :-
i. Symptom yang boleh dirujuk kepada
saluran (jasad putih) yang melibatkan
saraf optic, pangkal otak dan saraf
tunjang yang menghasilkan kepincangan
neurology yang ketara; dan
ii.Kepelbagaian atau keberasingan
ketara lesion; dan
iii.Catatan sejarah yang didokumentasikan
dengan rapi tentang keadaan symptom
atau kekurangan neurology yang bertambah
tenat atau semakin pulih.
9. Hepatitis Virus Fulminan
- Penyakit ini ditakrifkan sebagai
nekrosis hati separa besar hingga
kepada besar akibat serangan sebarang
virus yang secara terjalnya mengarah
kepada kegagalan hati.
Kriteria diagnostic yang perlu ada
ialah :
i. Penguncupan saiz hati yang cepat
seperti yang dikesan melalui ultrabunyi
abdomen; dan
ii. Nekrosis melibatkan keseluruhan
lobul, dengan hanya meninggalkan rangka
reticulum yang musnah; dan
iii. Penyakit kuning yang teruk.
- Jangkitan Hepatitis B atau status
pembawa sahaja tidak memenuhi criteria
diagnostik.
10. Hypertensi Arteri Pulmonari Utama
- Bermaksud hipertensi pulmonary utama
dengan pembesaran ventrikul kanan
yang ketara yang disahkan hasil melalui
siasatan termasuklah kardiak katerisan,
mengakibatkan kepincangan fizikal
kekal dan tidak boleh sembuh sehingga
tahap sekurang-kurangnya Kelas 3 mengikut
Klasifikasi New York Heart Association
untuk kepincangan kardiak, dan menyebabkan
Hayat dilindungi tidak boleh melakukan
pekerjaan biasa..
11. Koma
- Keadaan tidak sedar diri, dengan
tiada tindak balas terhadap rangsangan
luar atau keperluan dalaman, berterusan
selama tidak kurang daripada 96 jam,
memerlukan system sokongan hidup dan
mengakibatkan kemerosotan neurology
sehingga melebihi 30 hari. Pengesahan
oleh seorang pakar neurology mestilah
diperolehi.
Koma yang diakibatkan secara langsung
daripada kecederaan sengaja diri sendiri,
penyalahgunaan dadah atau alcohol
adalah terkecuali.
12. Buta
- Kehilangan daya penglihatan kedua-dua
belah mata secara menyeluruh, kekal
dan tidak boleh dibaik pulih. Pengesahan
bersijil oleh ahli oftalmologi diperlukan.
13. Penggantian Injap Jantung
- Telah menjalani pembedahan dada-terbuka
untuk mengganti atau membaiki injap
kardiak akibat ketidaksempurnaan atau
keadaan tidak normal yang terjadi
pada injap jantung selepas tarikh
kontrak berkuatkuasa atau selepas
tarikh berkuatkuasa semula.
Pembaikan melalui pembedahan injap
(valvotomi), prosedur infra-arteri,
pembedahan lelubang kunci (key-hole)
atau teknik-teknik seumpama adalah
secara khususnya dikecualikan.
14. Pembedahan Aorta
- Telah menjalani pembedahan melalui
thorakotomi atau laprotomi untuk membaiki
atau membetulkan aneurisma aortic,
suatu penghalang pada aorta atau koarktasi
aorta. Untuk tujuan takrifan ini,
aorta bermaksud aorta thorasik dan
aorta abdomen tetapi tidak termasuk
cabang-cabangnya.
15. Penyakit Alzhemier
- Kemerosotan atau kehilangan daya
intelektual atau berkelakuan tidak
normal yang terbukti dengan keadaan
klinikal dan soal selidik piawai yang
diperakui atau ujian daripada Penyakit
Alzheimer / kepincangan kemerosotan
organic dalam otak yang tidak boleh
sembuh kecuali neurosis, penyakit
psikiari, dan sebarang kepincangan
organik berkaitan dadah atau alcohol,
menyebabkan kemerosotan ketara pada
fungsi mental dan social di mana hayat
dilindungi perlu diawasi sepanjang
masa.
Diagnosis mesti disahkan secara klinikal
oleh seorang pakar perubatan yang
berkaitan.
16. Hilang Pendengaran / Pekak
- Kehilangan upaya dengar pada kedua-dua
telinga secara menyeluruh, kekal dan
tidak boleh sembuh akibat penyakit
atau kemalangan. Bukti perubatan dalam
bentuk audiometric dan ujian ambang
bunyi mesti dikemukakan.
17. Hilang Percakapan
- Hilang keupayaan untuk bertutur
secara menyeluruh dan tidak boleh
dibaik pulih secara berterusan untuk
tempoh selama dua belas ( 12 ) bulan.
Bukti perubatan yang mengesahkan kecederaan
atau penyakit saluran suara yang menyokong
kehilangan keupayaan ini mesti disediakan
oleh seorang pakar berkaitan (Telinga,
Hidung, Tekak )
18. Kebakaran Parah
- Kecederaan terbakar darjah ketiga
meliputi sekurang-kurangnya dua puluh
peratus (20%) permukaan tubuh badan
hayat dilindungi seperti diukur mengikut
“Hukum 9” dalam carta Permukaan Badan
Lund & Browder.
19. Penyakit Membawa Maut
- Hayat dilindungi mestilah menderita
akibat keadaan penyakit, yang pada
pendapat pakar perubatan yang berkaitan
akan membawa kepada kematian dalam
jangkamasa dua belas (12 ) bulan.
Hayat dilindungi mesti tidak lagi
menerima rawatan secara aktif selain
daripada rawatan untuk melegakan kesakitan.
20. AIDS Di sebabkan Oleh Pemindahan
Darah
- Hayat dilindungi dijangkiti virus
HIV atau AIDS dengan syarat :-
i. Jangkitan tersebut dari transfusi
darah yang dilakukan di Malaysia atau
Singapura selepas polisi berkuatkuasa;
ii. Hayat dilindungi tidak menghidapi
haemophiliac; dan
iii.Hayat dilindungi bukan ahli kumpulan
berisiko tinggi tetapi tidak terhad
kepada homoseksual, penyalahgunaan
dadah secara suntikan atau pelacur.
Notis pemberitahuan dan bukti kejadian
mesti dikemukakan secara bertulis
daripada pihak berwajib kesihatan
yang mengesahkan bahawa jangkitan
terjadi secara perubatan.
21. Penyakit Motor Neuron
- Penyakit motor neuron yang tidak
diketahui etiologinya dicirikan oleh
kemerosotan berterusan saluran kortikospinium
dan sel tanduk anterior atau neuron
eferen bulbar. Ini termasuklah atrofi
otot spina, palsi bulbar berterusan,
sclerosis lateral amiotrofik dan sclerosis
lateral primer.
Diagnosis mestilah disahkan oleh seorang
pakar perubatan neurology.
22. Penyakit Parkinson
- Diagonosis jelas dan tanpa ragu
Penyakit Parkinson oleh seorang pakar
neurology di mana pesakit berkeadaan
:-
i. tidak boleh dikawal dengan pengunaan
ubat; dan
ii. menunjukkan tanda kemungkinan
kepincangan berlarutan.
Aktiviti penilaian kehidupan harian
mengesahkan kehilangupayaan hayat
dilindungi untuk melakukan tanpa bantuan
sekurang-kurangnya tiga (3) perkara
berikut :-
a. Pengalihan - Berkeupayaan untuk
bangun dan duduk dari kerusi tanpa
memerlukan bantuan fizikal.
b. Pergerakan - Berkeupayaan bergerak
dari bilik ke bilik tanpa memerlukan
sebarang bantuan fizikal.
c. Buang air / Penggunaan Tandas -
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi
system pembuangan air besar dan kecil
secara semulajadi untuk menjaga kebersihan
diri.
d. Berpakaian - Berkeupayaan untuk
memakai atau menanggalkan pakaian
yang perlu tanpa memerlukan bantuan
orang lain.
e. Mandi / Membasuh - Berkeupayaan
untuk mandi atau membersihkan diri
(termasuklah kemampuan masuk dan keluar
untuk mandi) dan membersihkan diri
dengan cara-cara lain.
f. Makan - Semua usaha untuk memasukkan
makanan yang telah di sediakan ke
dalam tubuh badan.
Hanya Penyakit Parkinson idiopathic
yang dilindungi. Penyakit Parkinson
yang dirangsang dadah atau disebabkan
oleh toksik adalah terkecuali.
23. Penyakit Hati Kronik
- Kegagalan hati peringkat akhir dengan
kewujudan kesemua penyakit berikut
:-
a. Penyakit kuning kekal;
b. Askit
c. Ensefalopati;
d. Hipotensi portal
Wernicke’s ansefalopi & penyakit hati
sekundar akibat penyalahgunaan dadah
& alcohol adalah terkecuali.
24. Penyakit Paru-paru Kronik
- Kegagalan system pernafasn di peringkat
akhir termasuk penyakit paru-paru
interstitial kronik.
Semua kriteria-kriteria berikut mesti
dipenuhi :-
a. Memerlukan terapi oksigen kekal
oleh sebab hasil ujian berterusan
FEV1 bernilai kurang daripada satu
liter. (Isi padu Penghembusan Nafas
Paksaan semasa saat pertama bagi suatu
penghembusan nafas paksaan)
b. Analisis Gas Darah Arteri dengan
tekanan oksigen separa kurang dari
atau bersamaan 55mmHg.
c. Disponea ketika berehat.
25. Anaemia APlastik
- Kegagalan sum-sum tulang kronik
yang berlarutan menyebabkan aplasia
sum-sum tulang menyeluruh dan memerlukan
rawatan sekurang-kurangnya satu daripada
kaedah berikut :-
a. Transfusi produk darah secara berkala.
b. Agen perangsang sum-sum.
c. Agen imunosupresif.
d. Pemindahan sum-sum tulang.
26. Distrofi Otot
- Diagnosis distrofi otot memerlukan
pengesahan oleh seorang pakar nuerologi
dengan gabungan 3 daripada 4 keadaan
berikut :-
a. Sejarah keluarga di mana ahli-ahlinya
menghidap penyakit ini
b. Kewujudan klinikal termasuk ketiadaan
deria gangguan, cecair spina serebo
biasa dan pengurangan refleks tendon
yang sederhana
c. Elektromiogram sifatan
d. Kesangsian klinikal yang disahkan
oleh biopsy otot
Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun
terkecuali daripada takrifan ini.
27. Poliomielitis
- Diagnosis tanpa ragu oleh seorang
pakar neurology tentang jangkitan
virus polio yang menyebabkan penyakit
lumpuh akibat fungsi motor yang terjejas
atau daya pernafasan yang lemah sebagai
tanda jangkitan. Kes-kes yang tidak
melibatkan lumpuh tidak layak untuk
manfaat ini. Lain-lain sebab lumpuh
(seperti sindrom Guillain-Barre) adalah
terkecuali.
28. Meningitis Bakteria
- Meningitis bacteria yang menyebabkan
inflamasi membrane otak atau saraf
tunjang yang mengakibatkan kepincangan
neurological kekal selama tempoh minima
tiga puluh (30) hari dan kehilangan
upaya melakukan sekurang-kurangnya
tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan
yang berikut, sama ada dengan atau
tanpa menggunakan peralatan mekanikal,
peranti khas atau lain-lain bantuan
dan penyesuaian yang digunakan untuk
orang hilang upaya. Untuk tujuan pembayaran
manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan
sebagai tiada harapan untuk sembuh
dengan menggunakan pengetahuan dan
teknologi perubatan semasa.
Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan
adalah :
a. Pengalihan - Berkeupayaan untuk
bangun dan duduk dari kerusi tanpa
memerlukan bantuan fizikal.
b. Pergerakan - Berkeupayaan bergerak
dari bilik ke bilik tanpa memerlukan
sebarang bantuan fizikal.
c. Buang air / Penggunaan Tandas -
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi
system pembuangan air besar dan kecil
secara semulajadi untuk menjaga kebersihan
diri.
d. Berpakaian - Berkeupayaan untuk
memakai atau menanggalkan pakaian
yang perlu tanpa memerlukan bantuan
orang lain.
e. Mandi / Membasuh - Berkeupayaan
untuk mandi atau membersihkan diri
(termasuklah kemampuan masuk dan keluar
untuk mandi) dan membersihkan diri
dengan cara-cara lain.
Diagnosis hendaklah disahkan oleh
pakar neurology.
29. Tumor Otak Benigna
- Suatu tumor bukan kanser di dalam
otak yang boleh mengancam nyawa,yang
mengakibatkan timbulnya ciri-ciri
peningkatan tekanan intrakaranium
seperti papiloedema, symptom mental,
tidak sedar diri dan kepincangan deria.
Kehadiran tumor ini mesti disahkan
oleh kajian imej gambar imabasan CT
atau MRI.
30. Eusefalitis
- Ditakrif sebagai inflamasi bahan
otak yang teruk mengakibatkan kepincangan
neurological kekal selama tempoh minima
tiga puluh (30) hari dan disahkan
oleh seorang pakar neurology. Kepincangan
kekal ini mesti mengakibatkan hilang
keupayaan melakukan sekurang-kurangnya
tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan
yang berikut, sama ada dengan atau
tanpa menggunakan peralatan mekanikal,
peranti khas atau lain-lain bantuan
dan penyesuaian yang digunakan untuk
orang hilang upaya. Bagi tujuan pembayaran
manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan
sebagai tiada harapan untuk sembuh
dengan menggunakan pengetahuan dan
teknologi perubatan semasa.
Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan
adalah :-
a. Pengalihan - Berkeupayaan untuk
bangun dan duduk dari kerusi tanpa
memerlukan bantuan fizikal.
b. Pergerakan - Berkeupayaan bergerak
dari bilik ke bilik tanpa memerlukan
sebarang bantuan fizikal.
c. Buang air / Penggunaan Tandas -
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi
system pembuangan air besar dan kecil
secara semulajadi untuk menjaga kebersihan
diri.
d. Berpakaian - Berkeupayaan untuk
memakai atau menanggalkan pakaian
yang perlu tanpa memerlukan bantuan
orang lain.
e. Mandi / Membasuh - Berkeupayaan
untuk mandi atau membersihkan diri
(termasuklah kemampuan masuk dan keluar
untuk mandi) dan membersihkan diri
dengan cara-cara lain.
Diagnosis hendaklah disahkan oleh
pakar neurology.
31. AIDS Termanifestasi Sepenuhnya
( Full Blown AIDS )
- Manifestasi klinikal AIDS (Acquired
Immuno-deficiency Virus) mesti disokong
dengan keputusan positif ujian antibody
HIV ( Human Immuno-deficiency Virus)
dan satu ujian pengesahan Western
Blot. Sebagai tambahan, hayat dilindungi
juga mesti mempunyai kiraan sel CD4
yang kurang dari dua ratus (200) dan
memenuhi satu atau lebih daripada
criteria berikut :-
a. Kehilangan berat badan melebihi
10% daripada berat badan di sepanjang
tempoh kurang daripada enam (6) bulan
(wasting syndrome);
b. Kaposi Sarcoma;
c. Pneumocystic Carinii Pneumonia;
d. Progressive multifocal leukoencephalopathy;
e. Tuberculosis Aktif;
f. Lymphocytes kurang daripada satu
ribu (1000);
g. Malignant Lymphoma.
32. Lain-lain Penyakit Arteri Koronari
Yang Serius
- Penyempitan lumen pada sekurang-kurangnya
tiga arteri utama iaitu Sirkumfleks,
Arteri Koronari Kanan (RCA), Arteri
Menurun Anterior Kiri (LAD), ke tahap
minimum 60% atau lebih yang dibuktikan
oleh arteriographi kronari. Manfaat
ini boleh dibayar tanpa mengira sama
ada sebarang bentuk pembedahan koronari
arteri telah dilakukan.
33. Pembedahan Otak
- Telah menjalani pembedahan otak
di bawah penggunaan anaestesia am
dan kruniotomi telah dilaksanakan
semasa pembedahan tersebut dilakukan.
Bur Hole & pembedahan otak akibat
kemalangan adalah terkecuali.
34. Sindrom APPALIC
- Nekrosis kortex otak menyeluruh
yang tidak menjejaskan pangkal otak.
Diagnosis mesti disahkan oleh seorang
pakar neurology dan keadaan pesakit
mesti didokumentasikan selama sekurang-kurangnya
satu (1) bulan.
35. Kecederaan Kepala Utama
- Kecederaan fizikal di kepala yang
menyebabkan fungsi yang ketara secara
kekal selama tempoh minimum tiga (3)
bulan dari tarikh truma atau kecederaan.
Hasil kepincangan berfungsi kekal
ini hendaklah disahkan oleh seorang
pakar neurology dan dipersetujui oleh
Pegawai Perubatan Syarikat serta menyebabkan
hilang keupayaan melakukan sekurang-kurangnya
tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan
yang berikut, sama ada dengan atau
tanpa menggunakan peralatan mekanikal,
peranti khas atau lain-lain bantuan
dan penyesuaian yang digunakan untuk
orang hilang upaya. Untuk tujuan pembayaran
manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan
sebagai tiada harapan untuk sembuh
dengan menggunakan pengetahuan dan
teknologi perubatan semasa.
Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan
adalah :-
a. Pengalihan - Berkeupayaan untuk
bangun dan duduk dari kerusi tanpa
memerlukan bantuan fizikal.
b. Pergerakan - Berkeupayaan bergerak
dari bilik ke bilik tanpa memerlukan
sebarang bantuan fizikal.
c. Buang air / Penggunaan Tandas -
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi
system pembuangan air besar dan kecil
secara semulajadi untuk menjaga kebersihan
diri.
d. Berpakaian - Berkeupayaan untuk
memakai atau menanggalkan pakaian
yang perlu tanpa memerlukan bantuan
orang lain.
e. Mandi / Membasuh - Berkeupayaan
untuk mandi atau membersihkan diri
(termasuklah kemampuan masuk dan keluar
untuk mandi) dan membersihkan diri
dengan cara-cara lain.
36. Kehilangan Anggota Badan
- Putusnya secara fizikal kedua-dua
anggota badan pada atau atas pergelangan
tangan atau pergelangan kaki, yang
menyeluruh dan tidak dapat dipulihkan,
atau satu anggota badan pada atau
atas pergelangan tangan atau pergelangan
kaki akibat kecederaan.
|